Dikemas kini 01 Okt 2026
KrewTask mengumpul data pekerja yang diperlukan untuk HR, kehadiran, cuti, claim dan payroll, termasuk nama, No. IC, butiran bank, lokasi clock-in dan selfie kehadiran.
Data digunakan semata-mata untuk pengurusan pekerja oleh majikan anda, pengiraan gaji dan caruman berkanun, dan keselamatan akaun. Kami tidak menjual data peribadi.
Data sensitif disulitkan, capaian dihadkan mengikut peranan dan setiap capaian direkodkan. Selfie dan data lokasi disimpan mengikut tempoh pengekalan yang ditetapkan majikan.
Anda boleh memohon akses, pembetulan atau pemadaman data peribadi anda melalui Profil Saya atau dengan menghubungi pegawai perlindungan data syarikat anda.
Clock-in lebih pantas terus dari skrin utama.